Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua pembaca yang bekerja sebagai guru, termasuklah guru tusyen, guru silat, guru karate, guru Tae Kwan Do, guru piano, dan lain-lain guru. Gayu Guru Gerai Nyamai.



Terkenang pula saya dengan kisah zaman persekolahan menengah dulu. Saya bukanlah pelajar yang sangat bagus dan cemerlang dahulu, tetapi saya pernah menjadi ayam tambatan sekolah. Saya pernah menjadi pelajar kegemaran sesetengah guru, juga pernah menjadi pelajar yang kurang digemari.

Saya dahulu bukan jenis pelajar yang suka berada dalam zon selamat dan melakukan sesuatu demi menambat hati guru. Saya seorang yang gemar membuat sesuatu dengan niat dan minat yang lahir dari dalam hati dan sanggup mengambil risiko hanya untuk melakukan apa yang saya suka. Sebab itulah saya menjadi budak baik pada masa tertentu dan boleh bertukar menjadi degil/nakal. Jadi, saya ingin memohon maaf daripada guru-guru saya atas segala kesilapan saya dan atas kekecewaan terhadap pencapaian saya dahulu. Saya tidak pernah ingin meyakiti hati guru-guru. Saya tidak sengaja sebenarnya. Kalau ada terdetik pun niat berdendam, saya tidak pernah kesampaian melakukannya. Hanyalah amarah darah muda. Itupun saya simpan dalam hati sahaja dan terus dilupakan. (Emo lah pulak...)

Apapun, saya tetap berterima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya. Bukan senang untuk menjadi guru kerana budak-budak bukannya senang untuk menjadi pelajar. Tanggungjawab guru sangatlah berat, tugas guru juga berbagai-bagai (bukan sekadar mendidik) walaupun guru bekerja setengah hari. Guru  melayani, merawat, mengadili, menilai, menjaga keselamatan, menangkap, membersih, menghias, dan macam-macam lagi. Kepada guru-guru, teruskan melaksanakan tanggungjawab dan memikul amanah anda dengan penuh sabar dan berdedikasi, demi melahirkan insan-insan yang berilmu serta berguna kepada masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

My Link Collections: