Terpilih Melanjutkan Pelajaran ke Sarawak. Mahukah anda?

Keputusan STPM dan SPM telahpun keluar bulan lepas. Musim berehat telah tamat kerana adik-adik perlu merancng ke mana pergi selepas ini. Kepada yang telah mencapai atau melebihi target, saya ucapkan tahniah. Bagi yang agak kecewa kerana keputusan tidak memuaskan walaupun sudah mencuba yang terbaik, tidak mengapa kerana pasti ada jalan yang terbuka buat anda. Bagi yang menyesal, carilah jalan untuk perubahan.



Pilihlah bidang yang selaras dengan kemampuan dan minat anda. Bagi saya, jangan cari yang menjamin peluang pekerjaan sahaja, minat tetap penting kerana dengan minat, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau pilih yang menjamin peluang pekerjaan sahaja tapi tak minat, anda susah untuk melakukan yang terbaik dalam bidang tersebut, dan akhirnya membawa anda kepada pencapaian yang kurang baik di universiti. Dengan pencapaian yang kurang baik anda susah bersaing di pasaran kerja dan seterusnya menganggurlah anda. Jangan ikut kehendak orang lain. Paling bahaya bila anda susah nak berpisah dengan rakan karib anda dan anda memilih bidang serta IPTA yang sama dengannya.

Dalam permohonan secara atas talian itu, anda dikehendaki memilih IPTA yang anda mahu. Saya tahu, dalam pilihan teratas anda pasti akan letak IPTA yang "top-top" di Malaysia seperti UM, UKM, UPM, UTM dan USM. Dalam pilihan yang seterusnya anda pilih IPTA lain yang terdapat di semenanjung Malaysia (bagi yang menetap di semenanjung Malaysia). Akan tetapi, jika keputusan STPM/SPM anda tidak menjamin anda dalam persaingan, anda akan dilelong ke Sarawak, Sabah atau universiti lain yang rela menawakan kursus yang tidak terkenal. Kenapa Sarawak dan Sabah terima lepasan lelong? Jawapannya, sebab ramai yang tidak memilih IPTA Sarawak dan Sabah ketika memohon. Jelas bukan?



Kenapa tidak mahu ke Sarawak? Jika anda ditawarkan ke mana-mana IPTA di Sarawak, bagaimana pula?
- Takut kena penggal? hehehe



Jika anda terpilih ke Sarawak, anda tentu fikir bagaimana caranya untuk ke sana. Terdapat 2 jalan iaitu jalan udara dan jalan laut. Jika anda memilih jalan udara, anda akan menaiki Boeing 737 Air Asia atau Mas. Jika anda memilih jalan laut, anda hendaklah meminta ibu bapa anda menempah tongkang, bila anda sampai di Santubong, anda akan disambut oleh ikan lumba-lumba (Dolphin).. Mana lebih seronok? Haha...


Setibanya di Sarawak, anda mengambil teksi untuk ke bandar kerana anda ingin membeli barang keperluan. Dalam perjalanan, anda lihatlah hutan-hutan di sekeliling jalan raya yang bengkang-bengkok dan tidak rata. Jangan terlepas peluang untuk merenung pokok-pokok di sekeliling, tengok kalau-kalau ada penduduk-penduduk Sarawak sedang melepak di atas pokok.


"Eh, monyet belande ade ar..." Kalau macam tu, mungkin pada waktu itu penduduk-penduduk menghadiri upacara di gua. Ada konsert ke ape ke...


Anda mula berfikir, bagaimana agaknya anda membeli-belah di bandar.  Pakcik teksi kata, " kita dah nak sampai pasar." Anda mula risau, "Pasar? Ade ke tak orang jual syampu Loreal dengan krim muke Safi situ. Barang aku banyak tertinggal kat rumah.." Setibanya di "pasar" yang dikatakan oleh pakcik teksi...


... anda nampak sungai. Anda dan ibu bapa anda perlu menaiki perahu tambang untuk ke bandar. Setelah membeli-belah, anda serta ibu bapa berasa lapar dan mencari kedai makan. Anda terbayang bagaimana makanan Sarawak...
Jangan risau... Ini takkan dihidang.

Laksa Sarawak
Mi Kolok

Midin, sejenis paku-pakis.

Anda pun berangkat untuk pergi ke kampus untuk mendaftar. "Agaknya cane rupe kampus tu ye..."
Rentas sungai lagi? Seronok bukan? Hmm...

Wah... Adventure betul...
Nampak tak orang putih tu? Pelajar antarabangsa agaknya... 

Anda pun masuk ke asrama yang ditetapkan. Anda memeriksa segala kemudahan di dalamnya dan memilih katil anda.
Risau akan keselamatan? Tidak perlu kerana kita ada...
Pengawal keselamatan yang digeruni dan sungguh berpengalaman.
Tiba masanya untuk anda berpisah dengan ibu bapa dan menyertai pelajar lain menjalani minggu orientasi. Sebelum itu, anda menangis dan berpeluk dengan ibu bapa anda. Jangan lupa menyuruh ibu bapa anda membeli kek lapis dan tebaloi Sarawak untuk dibawa pulang.


Ibu bapa anda akan menginap di hotel sementara menunggu masa untuk pulang ke semenanjung Malaysia. Mereka akan tidur dengan selesanya...
Janganlah bersedih terutama kepada yang perempuan. Kalau anda bertuah anda pasti bertemu dengan jejaka-jejaka ini balik kampung di Sarawak...
Si Capek @ Si Duyung Zach
Tony Eusoff. (Ada tatu pulak tu)
Henry Golding


Gambar apa pulak ni? Haha... (Nak promote UNIMAS).


8 comments:

MingMing said...

oh.. i miss our sarawak... huhu

MarlyMarble said...

Sarawak, a place like no other...hehe... where r u now?

TcPinG said...

Wah! So good you help to promoto our uni!! Hehe..

Elizebeth Cynda said...

sarawak always the best. tetap di hati. :)

Just Call Me V said...

haahah sinisnya..!!! i proud to be sarawakian and unimas alumni!! hehehe

MarlyMarble said...

Hahaha...yea... I am proud to be a Sarawakian and Unimas student no matter what people say.

Faizal n Fashitah said...

Syiohhhhhh... cara paling saspen promot Swak/ Unimas ekekekeke....

MarlyMarble said...

ekekeke... sarcasm ba...

Post a Comment

My Link Collections: