Salahkah Menyambut Hari Kekasih @ Valentine's Day?

Entri saya kali ini adalah dalam Bahasa Melayu, kerana saya saya tahu banyak pembaca saya memilih Bahasa Melayu. Saya bukannya tidak suka Bahasa Melayu, saya sedar pentingnya memartabatkan bahasa kita. Cuma saya tidak selesa berbahasa kasual contohnya "takde", "kenape","bile", "korang". Guru BM saya pernah berkata dahulu, "jangan merogol Bahasa Melayu". Hehehe...

Baiklah, balik kepada topik asal kali ini. Setiap tahun seluruh dunia menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari. Dan pada hari itu juga, rakyat Malaysia kecoh sangat tentang sambutan Hari Kekasih. Selalu sahaja rakyat dan pihak berkuasa mengaitkan Hari Kekasih dengan maksiat. Saya yakin kalian tidak tahu menahu pun asal usul dan sejarah Hari Kekasih ini.


Hari Santa Valentino, yang kini diringkaskan kepada Hari Valentine atau dalam Bahasa Melayunya Hari kekasih memang merupakan hari yang istimewa bagi meraikan percintaan, kasih sayang, dan perhubungan intim. Hari itu dinamakan dari seorang martir (orang yang mati syahid) yang bernama Santa Valentine. Hari kekasih tidak tercatat dalam kalendar Kristian Katolik, tetapi hari memperingati kematian syahidnya ada tercatat dalam kalendar pra-kedua Majlis Vatican. Santa Valentino bukanlah mati syahid kerana apa-apa berkaitan dengan cinta, tetapi mati syahid kerana dihukum bunuh akibat menganut agama Kristian dan juga atas cubaannya untuk mengkristiankan seorang pemerintah Rom bernama Claudius Gothicus (Claudius II). Bagi orang-orang yang gemar mengait, teruskan membaca...

Jadi apa KAITan Santa Valentino dengan cinta?

Begini kisahnya... Ketika pemerintahan Claudius, Claudius tidak mahu askar-askarnya terdiri dari kalangan lelaki yang sudah berkahwin kerana beliau berpendapat bahawa lelaki yang sudah berumahtangga tidak akan memberikan komitmen dan tenaga yang penuh terhadap ketenteraan. Lagipun banyak pemuda yang keberatan meninggalkan kekasih mereka untuk menyertai ketenteraan pada waktu itu. Sebagai paderi, Santa Valentino telah merestui banyak percintaan askar-askar/pemuda-pemuda Claudius dengan gadis-gadis tempatan dan mengadakan upacara perkahwinan mereka secara rahsia. Setelah Claudius mendapat tahu, beliau memenjarakan St. Valentino (dipenjarakan sahaja atas kesalahan ini). Juga, pada senja sebelum St. Valentino dihukum mati, beliau telah menulis satu kad kepada anak perempuan pengawal penjara yang pernah beliau sembuhkan dengan mukjizat. Anak pengawal itu yang telah menjadi kawannya sepanjang beliau dipenjarakan sangat beliau kasihi. Dalam kad itu tertulis, "Daripada Valentino mu/ From your Valentine".

Mengapa KAITkannya dengan budaya Kristian?

Mentang-mentang pencetusnya ialah seorang Kristian. Sekali lagi saya ingin tegaskan, Hari Valentine bukanlah perayaan Kristian. Ia tiada tercatat pun dalam kalendar Kristian.  Sejarah Hari Valentine ini tidak mempunyai asas yang kukuh. Mungkin ianya disambut atas pilihan orang ramai di Rom untuk menghargai apa yang dilakukan oleh St. Valentino demi perjuangan cinta. Tiada ritual/unsur-unsur keagamaan Kristian dilakukan sempena Hari Kekasih. TIADA.

Kasihan, Cupid jadi mangsa.
 Lebih teruk, mengapa KAITkannya dengan maksiat?

Ha... Mengapa? Pada Hari Kekasih, dua insan bercinta akan berdua-duaan. Bila hadirnya pihak ketiga pada saat iman dua insan itu menjadi lemah, maka terjadilah maksiat. Adakah ini salah Hari Kekasih? TELL ME!!! Walhal, bila masa pun jika keteguhan iman dua orang kekasih yang berdua-duaan tergugat, tidak kiralah pada Hari Kekasih, Hari Lahir, Hari Buruh, Hari Ibu, Hari Kemerdekaan, Hari Raya dan sebagainya... tetap juga maksiat akan berlaku. Itu ialah pilihan anda, bukan kehendak Hari Kekasih. Bukanlah satu budaya atau acara yang wajib pada Hari Kekasih, kerana itu pilihan ANDA dan SALAH ANDA. Janganlah kita menyeleweng makna Hari Kekasih.

 Paling teruk, mengapa kaitkan Kristian dengan maksiat?

"Takde pun... Siape ye?" Jika ada, saya pun tak tahu siapa itu. Rakyat Malaysia yang beragama Kristian sangat tersinggung dengan orang-orang yang hebat mengait ini. Agama yang baik tidak mengajar umatnya untuk melakukan maksiat. Saya harap tiadalah rakan-rakan yang berfikiran ekstrem. Bawa bertenang. Peace... No war. Kita 1 Malaysia, hormatilah rakan-rakan berbilang kaum dan agama.

Jadi, terpulanglah pada anda untuk menyambut Hari Kekasih atau tidak, dan sudah-sudahlah berkecoh. Bagi saya, setiap hari saya meraikan cinta saya, tetapi apa salahnya kalau kekasih saya belanja KFC pada hari itu. Sekali-sekala kan... hahaha. Salah atau tidak, terpulanglah kepada anda, ini adalah hak individu.

p/s: Maafkan saya jika saya terkasar bahasa dan menyinggung perasaan kalian.

12 comments:

Kristen Rayner said...

Nice post! Yea.. this is so true. We Christians didn't even have a special mass for Valentine's Day. Some people didn't even done their homework to insult Christian. Doesn't mean that on Valentine's Day, people will be making sex and partying all night. I experienced my valentine's day where we only went to dinner and spent time talking. ^o^

MarlyMarble said...

thank u...yea... they did not do their homework and only try to find negative sides and even fabricate the bad things about Christianity. why do they have to bising2 about it. If they don't encourage this, the authority or vigilant just have to advice silently to the Muslims youngster, no need to hurt our feelings. lagipun, Kristian tak ajak pun...

Globalized Dayung said...

Ignorance could trash the relationship that have been built by our ancestors....

Miki Aya said...

Nice :)

MarlyMarble said...

now i know there is somebody who's really offending Christian as in my last point. http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=News&file=article&sid=11108

Fish said...

Well said. :)

My name is Yean said...

nice post Marly!thanks for menjelaskan apa yg xjelas tok...like3!!

Abdullah Mohammad عبد الله محمد said...

Nice post, saya sebagai seorang Muslim sgt berharap supaya pepaduan rkyat di M'sia brkekalan. Hrp kwn2 Kristian x ambik hati apa yg dbagitau org yang mengaku Muslim tapi main tuduh secara melulu. Paling penting jangan salahkan agama kerana kelemahan pengikutnya walau apapun agama itu. Daripada biak Kuching XD

P/S ajar kamek bahasa bidayuh skit :D

MarlyMarble said...

thank u all for the reading and comments...

@Abdullah, thank u so much...saya pun sangat berharap perpaduan dan keamanan berkekalan di bumi bertuah tempat saya lahir ini...cewah...
Terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata pula? Tapi mun kamek, kamek maafkan. Aok, boleh... Mun kitak mok nanyak khabar, kitak madah,"anih agah amu?"

Kalau niat kita baik, sebelum kita berhujah menyampaikan mesej kepada orang ramai, kita harus kaji selidik dahulu, timbang dan nilai. Ingat apa perasaan orang. kita harus hormat kepercayaan org lain. Agama dan kepercayaan membimbing ke arah sesuatu yang baik kerana itulah fungsinya. salahnya sentiasa pada pengikutnya. Wow...is this me?haha

MarlyMarble said...

@yean, sama2... tok ikhlas dari hati untuk semua.

VIVIAN said...

nice post sis...for me..as 1 borneo girl..even sik sambut valentine sbb tiap ari mek ebrkasih sayang..tp jgn salahkan agama org lain..kmk percaya stp agama mngajar umatnya berbuat baik.

peace..not to know u.

MarlyMarble said...

Thank u Vivian. yalah, bukan kewajiban pun sambut Valentine's Day. It's just a day for us to do special things to express love because we cannot make every single day remarkable. Bila2 masa kita mauk pn blh sbnrnya.

Post a Comment

My Link Collections: