Lelaki: Salah sentuh atau Jeling

Kes 1

Ben terlanggar bahu seorang lelaki bernama Abeng secara tidak sengaja semasa dia sedang berlari kerana mengejar waktu. Ben mengangkat tangan kepada Abeng dan terus berlari. Abeng begitu marah kerana Ben tidak meminta maaf dan memberithu rakannya tentang peristiwa itu. Abeng berpesan kepada rakannya supaya mencari Ben dan membelasahnya. 

Kes 2

Mat sangat menyampah dengan gelagat Herman yang suka menunjuk-nunjuk dari segi aksinya. Pada suatu hari ketika di perhentian bas, Herman terpandang ke arah Mat dan kawan-kawan Mat secara tidak sengaja. Mat marah lalu menuduh Herman menjeling kerana mahu cari gaduh. Mereka pun bergaduh di situ. 

Kes 3

Rita sedang membeli-belah di Supermarket. Ketika sedang sibuk memilih barangan, tiba-tiba Man, kawan suami Rita menegur Rita lalu Rita senyum. Ketika itu, tiada orang di kawasan mereka berdua. Man menjeling lalu mendekati Rita sambil tersengih-sengih. Rita pun segera beredar. Ketika sampai di rumah, Rita memberitahu suaminya perkara itu. Suaminya pun menjawab,”Man tu kawan aku. Mana dia nak buat macam-macam kat bini aku. Jangan fikir bukan-bukan lah!”

Kes 4

Ketika sedang memandu, Lan ternampak Sya sedang menunggu bas untuk ke kerja di pondok perhentian bas. Lan pun mempelawa Sya menumpangnya. Sya sudah biasa menumpang kereta Lan, lagipun Lan sahabat baik kekasih Sya, iaitu Aiman. Aiman tak kisah... Ketika di dalam kereta, Lan memegang tangan Sya lalu mencium pipi Sya. Sya terkejut. Lan hanya tersengih lalu menurunkan Sya ketika sudah sampai. Sya menceritakan perkara itu kepada Aiman. Aiman tidak percaya dengan kata-kata Sya lalu bertanya kepada Lan keesokan hari. Lan hanya menjawab,” Mana ada. Kenapa pula Sya cakap macam tu? Dia syok kat aku kot...” Lan memarahi Sya dan enggan mendengar penjelasan Sya. Lan pun memutuskan hubungan dengan Sya. Lelaki lebih percaya dengan sahabat baik mereka sendiri.

Kes 5

Lucy sedang berjoging di taman seorang diri. Lucy terserempak dengan Fred, sahabat baik tunangnya. Fred menegur Lucy lalu mengajak Lucy berbual di kerusi taman. Ketika sedang rancak berbual, Fred bergurau lalu menepuk-nepuk bahu kemudian meraba bahu Lucy. Mereka terus berbual. Fred menepuk paha Lucy dan seterusnya meraba paha Lucy. Lucy rasa kurang selesa, tetapi Lucy fikir Fred memang mesra terhadap semua orang. Mereka berbual lagi, dan Fred mahu menyentuh dada Lucy. Lucy memarahi Fred lalu beredar. Lucy berasa amat geram dan menceritakan perkara itu kepada rakan-rakan perempuannya serta tunangnya sendiri. Akan tetapi, mereka semua mengatakan bahawa Lucy terlalu lembut terhadap Fred. “Kenapa tak tampar je Fred tu?” kata May. Tunang Lucy pula berkata, “kalau dia dah sentuh-sentuh bahu sekalipun, bertindak je lah! Lu fikir la sendiri! Awak nak tunggu sampai kena rogol?” “Saya ingatkan Fred hanya main-main. Kalau dari awal saya bertindak, lepas tu bagi tahu pada awak, belum tentu awak nak percaya. Ada pula saya dituduh salah sangka. Tapi saya memang rasa menyesal sekarang.” kata Lucy. Tunang Lucy bergaduh dengan Fred lalu mereka bermusuhan. 

Cerita-cerita di atas dan watak-wataknya hanyalah rekaan semata-mata. Cerita-cerita tersebut hanya untuk renungan dan pengajaran. =P

5 comments:

ztie said...

haha pendek katanya tek. laki tk mudah nak kelaie berbunuh mub dh main jeling2 or whatever nak. tp sidak juak kuat mun berkawan lebih percayak dikpun dr kekasih hati lah tek? hehehe

MarlyMarble said...

aok, kira kedak ya lah kesimpulan nya tek. jadi hati-hati lah ngan laki tk.hehehe.

amran said...

hhehe niceentry about guys... =P thanks for visiting my blog =)

Sekamar Rindu said...

nak cepat selalunya mcm tuu

MarlyMarble said...

amran: sama2.=)
sekamar rindu:ya.tapi rasanya kes 1 susah nak wujud zaman sekarang ni.semua orang faham banyak orang mengejar masa.

Post a Comment

My Link Collections: