Kisah 1 Malaysia: Misteri gadis Hilang di Pichin

Tengok ja tajuk ni, mesti dalam fikiran kebanyakan daripada pembaca kata, "ce...hh". Saya bukan nak cerita kisah politik. Tapi ini kisah rakyat kampung saya.

Mula-mula saya nak cerita serba sedikit tentang hubungan 3 buah kampung yang berjiranan yang terletak di daerah Serian iaitu Kampung Pichin & Kampung Tebakang  Dayak & KampungTebakang Melayu. Ketiga-tiga kampung ini memang bermusuh sejak turun-temurun. Bergaduh bila bertanding bola sepak lah, sabotaj majlis keramaian lah, buat kecoh masa keramaian lah, kacau awek kampung musuh lah. Penduduk Kampung Pichin sangat bahaya di mata orang. Pantang buat silap dengan orang Kampung Pichin (kalau sengaja lah). Kalau tak, pasti kena serang oleh satu kampung. Saya merupakan salah seorang penduduk Kampung Pichin.

Pada bulan Oktober yang lepas (lupa tarikhnya), kampung saya kecoh dengan berita kehilangan 2 orang anak gadis Kampung Tebakang Melayu yang berusia 15 tahun. 2 orang gadis tu dilihat kali terakhir oleh seorang budak lelaki Kampung Pichin. Tapi budak lelaki itu tak bersalah, sebab dia menghantar 2 rakan sekelasnya itu berkelah di anak sungai di Kampung Pichin sahaja. Mana lah tahu, tiba-tiba 2 orang gadis tu hilang entah ke mana selepas berkelah. Budak kampung kami ingat mereka dah balik rumah dengan selamat.



Keesokan harinya ibu bapa kepada "mangsa-mangsa" tersebut melaporkan hal itu kepada kampung yang berdekatan iaitu Kampung tebakang Dayak dan Kampung Pichin. Masa tu penduduk Kampung Pichin belum tahu lagi penduduknya terlibat. Remaja-remaja kampung Pichin disoal oleh ibu bapa mangsa dan juga pihak polis jika mereka pernah terlihat kelibat 2 orang ni semalam. Jadi budak lelaki tadi pun mengaku. Ingat orang Kampung Pichin tak peduli?

Pengumuman kehilangan gadis-gadis itu siap diumumkan di geraja lagi tu. Kemudian hampir seluruh lelaki Kampung Pichin tak kira tua atau muda bergerak bersama beberapa orang penduduk Tebakang Melayu membuat operasi mencari "mangsa-mangsa" tersebut. Mereka cari sampai masuk rumah saya lagi tu (maklumlah, rumah saya kosong masa tu. Terpinggir lagi tu). Ada orang-orang tua mendakwa bahawa tempat perkelahan mereka semalam memang keras.

Ibu bapa kedua-dua "mangsa" tersebut juga meminta pertolongan Ustaz dan bomoh. Kedua-dua Ustaz dan juga bomoh itu mengatakan bahawa gadis-gadis itu disembunyikan oleh makhluk halus. Operasi mencari dan mendoakan keselamatan mereka diteruskan selama seminggu. Ketika itu saya masih di UNIMAS sambil mengikuti perkembangan semasa kes itu.

Selepas seminggu, mereka dijumpai. Nak tahu di mana dan bagaimana mereka dijumpai?
Jeng jeng jeng...

 Gambar hiasan


Dengar khabar, setelah seminggu penat mencari di hutan, mereka dilihat oleh orang kampung mereka merayau-rayau di...

 Gambar hiasan

Alright, alright... This is not a joke, okay? Mereka dilihat merayau-rayau di Bandaraya Kuching! Apa nak jadi dengan sidak dua tok... Aduh. Lewat juak hantu ya ngembak sidak duak jauh nun ke Kuching. Akan tetapi, tidak hairanlah, kerana ramai orang termasuk ahli keluarga gadis-gadis itu sendiri mengatakan gadis-gadis tersebut memang sosial dan suka ikut lelaki ke mana-mana. Akhirnya ibu bapa gadis-gadis tersebut berterima kasih banyak-banyak kepada penduduk Kampung Pichin yang sudi membantu. Syukur, tetap wujud juga nilai perpaduan di sini.

3 comments:

Chiqueue said...

hahaha!sik guna juak, nyusah owg.

MarlyMarble said...

aoklah...herr...x pk mak bapak.
lucu eh.bkn menakutkn.

Globalized Dayung said...

tetak ku baca..paduhal ko orang Pichin ho!!!

Post a Comment

My Link Collections: