Bidayuh Lady of the Month (November): Angie Owen



Angie Owen atau "Newo" (rakan sebaya gemar memanggilnya dgn nama ini) merupakan salah seorang gadis Pichin yang popular. Beliau juga seorang gadis yang 'happy-go-lucky'. Tidak hairanlah kerana beliau, sama seperti Carrie merupakan ahli "batch '86" kampung Pichin yang sememangnya meriah dan suka buat kecoh (heheheh). Jejaka-jejaka yang asing bagi kampung Pichin pasti tidak mahu ketinggalan untuk berkenalan dengannya.

Namun, baru-baru ini, rentak "batch '86" semakin perlahan dan semakin senyap. Mengapa agaknya?
Ahli wanitanya kebanyakannya telah mendirikan rumah tangga. Hanya tinggal jejaka-jejaka yang masih bujang dalam batch '86. Mereka masih berjuang mempertahankan kemeriahan dan kekecohan sambil "jalan-jalan cari bini". Khabarnya, salah seorang telah diramal akan berkahwin pada hujung tahun ini (tak tahu betul ke tidak, sebab saya tak percaya ramalan).

Apapun, kita teruskan mengenali Angie. Pada bulan Jun lepas, Angie telah melangsungkan majlis pernikahannya di rumahnya. Sekali lagi para jejaka dikecewakan...

Beliau, seperti wanita lain, gemar membeli-belah. Beliau juga suka menonton tv. Sebagai seorang wanita yang berjiwa lembut, beliau sukakan bayi serta berpendapat bahawa tidak salah menangis kerana tangisan itulah yg akn membawa kedukaan itu pergi dan pergi sehingga ia jauh dan yang pasti kita percaya di sblk semua yang terjadi ada hikmahnya. Wah, tapi jangan pula terus menangis dan menangis sehingga kedukaan berlarutan ya Angie...Haha, Gurau jak.

1 comments:

Miki Aya said...

She's another beauty ^_^

Post a Comment

My Link Collections: