Bidayuh Lady of the Month (October): Carrie

Party!

glitter-graphics.com

Siapa warga Pichin yang tidak mengenali Carrie? Walaupun tinggal di pinggir kampung, Carrie cukup dikenali serta disenangi oleh semua penduduk Pichin tanpa mengira usia, jantina, taraf hidup mahupun taraf sosial disebabkan sikapnya yang ramah mesra dan suka membantu orang tanpa mengira bulu. That’s what we call versatile!

Carrie suatu ketika dahulu menjadi impian para jejaka. Malangnya kini tidak lagi. Kenapa? Adakah kerana beliau sudah tidak cantik? Haha... Sebenarnya hati beliau sudahpun dimiliki seorang jejaka bertuah buat selamanya. Kini beliau sudahpun mempunyai seorang cahaya mata. Walaupun begitu, kecantikannya tetap maintain.

Carrie berasal daripada keluarga yang mementingkan pendidikan. Namun, ia bukanlah penghalang untuk carrie bergaul dengan belia tanpa mengira latar belakang. Carrie sangat terkenal dengan sifat ‘happy go lucky’. Beliau menyatakan bahawa beliau suka menjadi ‘centre of attraction’. Itu tidak dapat dinafikan kerana sewaktu beliau masih bujang, beliaulah ‘dalang’ yang menceriakan pesta dan meriuhkan parti dalam kalangan belia Pichin. We can really feel something missing in a party with the absence of her. She was the loud, the bomb, the attraction and she could even be the music.

Selain gemar menjadi tumpuan, Carrie juga seorang yang kreatif dan suka menjadi unik. Beliau suka melakukan perkara dengan pendekatan dan cara yang berbeza. Carrie baru menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan. Walaupun beliau sangat sukakan keseronokan, ternyata pelajaran dan tetap menjadi keutamaan kerana ia merupakan jaminan masa depan dan panduan hala tuju hidup. She looks at the brighter side of her life. (Enjoy pun enjoy... Kena ingat juga perkara yang penting).

Keluarga juga menjadi salah satu keutamaan beliau, dan saya yakin ia adalah keutamaan yang paling atas kerana beliau sendiri berkata, "where we love is home, home that our feet may leave, but not our hearts"...yey...


1 comments:

Miki Aya said...

She's a real beauty.

Post a Comment

My Link Collections: